"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia   ini, aku  menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan    Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah    bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.  Menurut satu hadith   Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi  hadith ini).. menceritakan   apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh  berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada   Allah S.W.T untuk kembali ke  bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan   ada yang tidak  dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan   baik mereka  semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan    mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan  kesalahan   mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh  Mahfuz.     Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka  lakukan adalah   pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.  Kemudian mereka akan   pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat  harta pusaka mereka dan ke   rumah orang yang mendoakan mereka dengan  harapan orang yang mereka lawati itu   memberi hadiah untuk bekalan  mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala   tibanya Hari Raya  Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat   tinggal  kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang    diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.     Di sini ustaz memberitahu  hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan   bahawa Allah itu Maha  Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa   hayatnya boleh  dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah   bahagianya jika  seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan   dari  orang-orang yang masih hidup.    Oleh itu wahai sahabatku, jangan  biarkan orang-orang yang kita sayang, yang   mengadap Allah terlebih  dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah   daripada kita.  Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua  hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2   yang soleh, ilmu yang bermanfaat  dan sedekah amal jariah.   Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa  ramai orang   terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal  yang sama. Ini   bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda    tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan  untuk   saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda  melakukan   dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala  kebaikan dari   Allah. Mari berlumba dalam kebaikan..."
Taken fr Carmelita's FB which was written by Fadzillah Hashim 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 concerns:
Post a Comment