Pages

The newborns and Practices: Tahnik, Aqiqah etc

Of late, I've been invited to a lot of majlis berendoi, cukur jambul n aqiqah....and I've done that before for Uwaiz. Then teringat org kate khurafat la...bida'ah la..so, terfikir jugakla..berdosa ke aku selama ni ha? What I did masa Waiz lahir is that I've called kumpulan marhaban and cukur jambul Waiz. Tapi itu pun umur dia dh brape bulan tah..3 kot..ntah xhengat..But before that, aku dh buat tahnik n cukur sume2 rambut die kat satu skolah tahfiz di Sri Petaling, mudir nye yg buatkan..so alhamdulillah, dapat org2 alim (insya'allah) yang tahnik kan. Setiap helaian rambut yang digunting oleh mudir tu aku timbang dan dinilaikan dengan emas and dalam Ringgit, n sedekahkan kepada fakir miskin. So entahla.. dose ke tak yeh?


So I did some reading and hope it worth sharing with all of you on the do's and don't of this practice.


HUKUM HAKAM ANAK YANG BARU DILAHIRKAN

Sebagai agama yang lengkap lagi sempurna, Islam telah menetapkan beberapa amalan yang patut dilakukan oleh orang tua ketika anak mereka baru dilahirkan. Mudah-mudahan dengan mengikuti panduan-panduan yang telah ditetapkan oleh Islam maka anak-anak atau cucu-cicit kita akan menjadi anak-anak yang saleh. Lebih-lebih lagi kita yang sedang berada di zaman yang serba mencabar ini.

Berikut ini akan dipaparkan beberapa hukum-hakam agama yang berkaitan dengan anak-anak yang baru dilahirkan:


1. Ucapan Bisyarah Atau Tahniah

Umat Islam disunatkan untuk mengucapkan bisyarah (menyampaikan berita yang menggembirakan kepada seseorang) atau mengucapkan tahniah jika ia luput memberi bisyarah, iaitu dengan mendoakan kebaikan untuknya setelah dia mengetahui, khususnya apabila ia akan ataupun sudah mendapat cahaya mata. Faedahnya antara lain supaya rakannya merasa gembira dan menambah erat persahabatan dan silaturrahim.

Di dalam Al-Quran dan dalam Hadis sungguh banyak kisah tentang hal ini, umpamanya Firman Allah (yang bermaksud):

Hai Zakaria, sesungguhnya Kami menyampaikan berita gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, dan sesungguhnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia. [Maryam 7]

Dalam kitab sirah diriwayatkan bahwa:


“Ketika Nabi (sallallahu alayhi wasalam dilahirkan, Thuaibah (hamba Abu Lahab) telah menyampaikan berita gembira kepada tuannya Abu Lahab bahwa Abdullah telah mendapat seorang anak lelaki. Lalu Abu Lahab pun memerdekakan Thuaibah ketika itu juga karena merasa sangat gembira dengan berita tersebut. Allah tidak sia-siakan ganjaran itu untuknya”. (Lihat kitab: Tarbiatul Awlad – Nashih ‘Alwany I / 68-69).


2. Ta’zin Dan Iqamah


Dan di antara amalan yang sangat digalakkan Islam ialah mengazankan pada telinga kanan bayi serta mengiqamahkan pada telinga kirinya. Ini berdasarkan dalil hadis bab di atas.


Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) telah mengazankan pada telinga kanannya Al-Hasan Bin Ali pada hari lahirnya dan mengiqamahkan pada telinga kirinya.


Adapun rahasia di balik amalan tersebut ialah sebagaimana dinyatakan dalam kitab: Tuhfatul Maudud, halaman 21:


a. Mengawali pendengaran bayi dengan kalimah Tauhid ketika ia mula-mulamemasuki alam dunia sebagaimana kita juga disuruh mengajarkannya ketika akan keluar daripada alam ini.


b. Mengusir syaitan dan melemahkan tipudayanya.


c. Supaya kita awali dakwah (mengajaknya) ke jalan Allah dan agamaNya mendahului ajakan syaitan. Ini sebagaimana fitrah Allah (tauhid) pada setiap insan sejak lahir lagi sebelum ia dirobah oleh syaitan.


Apa yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim di atas menjadi dalil yang sangat besar dan jelas betapa Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) mengutamakan aspek Akidah, Tauhid dan Iman. Dan sekaligus mengusir syaitan dan kehendak hawa nafsu sejak permulaan perjalanan di alam dunia ini lagi.


3. Tahnik

Tahnik maknanya menggosok kunyahan tamar dengan telunjuk kanan pada gusi dan langit-langit bayi yang baru lahir. Gerakan ke kiri dan ke kanan bahagian dalam mulut bayi hendaklah dilakukan dengan lembut sehingga sampai manisan korma itu ke semua bahagian dalam mulut. Jika tidak ada korma (tamar), boleh juga digunakan benda-benda manis lainnya seperti madu.


Dan di antara hikmah tahnik ini ialah supaya memperkuat otot-otot mulut, gusi dan langit-langit bayi yang tidak lama kemudian akan menghisap dan menyedut keluar susu ibunya.

Dan adalah afdhal (lebih baik) jika yang melakukan tahnik ini orang yang dipandang lebih taqwa dan lebih saleh sebagai mengambil keberkatan dengan harapan semoga bayi tersebut kelak juga memiliki sifat-sifat yang terpuji. Dan mungkin atas dasar inilah para sahabat banyak yang meminta jasa baik Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) untuk mentahnikkan anak-anak mereka yang baru lahir sebagaimana diberitakan dalam hadis.

More on tahnik : click here - very2 good to read!!


4. Tahliq

Tahliq maknanya mencukur habis rambut bayi hingga botak samada bayi lelaki atau bayi perempuan. Sebaiknya tahlig ini dilakukan pada hari yang ketujuh daripada kelahiran. Rambut tersebut hendaklah ditimbang dengan emas atau perak atau wang yang kemudian jumlah itu disedekahkan kepada fakir miskin.


a. Hikmah Kesihatan:

Pencukuran itu dapat memperkuat penglihatan, penciuman dan pendengaran bayi serta dapat menghilangkan keracunan pada pori-pori rambutnya. (Lihat kitab: Tuhfatul Maudud dan Tarbiyah Al-Awlaad).


b. Hikmah Kemasyarakatan:

Bersedekah sejumlah wang yang ditimbang sama berat dengan rambut bayi itu kepada fakir miskin atau sesiapa yang berhak menerimanya mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan. Diharapkan semoga setelah bayi itu dewasa kelak ia akan menjadi manusia yang dermawan dan suka menolong anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.


Daripada Anas Bin Malik ra katanya: Sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) menyuruh agar mencukur kepala Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka, lalu mereka pun dicukur; dan selanjutnya disedekahkan perak seberat rambut itu. (HR Yahya Bin Bakir)

Dan dalam hal ini Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) telah melarang Al-Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain.


Daripada Abdullah Bin Umar ra katanya: Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) telah melarang daripada Al-Qaza’. (HR Bukhari dan Muslim)


Al-Qaza’ mencakupi empat jenis:

i. Menggunting rambut bayi sejemput sini dan sejemput sana (tidak teratur)

ii. Menggunting atau mencukur bahagian tengah kepala bayi dan membiarkan rambut bahagian tepi kiri dan tepi kanannya.

iii. Menggunting atau mencukur bahagian tepi kiri dan kanan, tetapi membiarkan bahagian tengahnya.

iv. Menggunting atau mencukur bahagian depan kepala bayi dan membiarkan bahagian belakangnya atau sebaliknya (jambul)


Kesimpulan:

1. Di antara amalan yang digalakkan oleh Islam ketika bayi baru lahir ialah: (Bisyarah atau Tahniah, Azan dan Iqamah, Tahnik dan Tahliq. (Akikah-Tasmiah-Khitan akan menyusul).

2. Walaupun amalan di atas hanya sunat hukumnya, namun umat Islam tidak wajar mengabaikannya. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Semoga dengan melakukan sunah-sunah Nabi tersebut anak-anak kita akan menjadi anak-anak yang saleh dan dilindungi Allah.

3. Segala panduan-panduan yang datang daripada Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) pasti baik. Termasuklah bagaimana cara kita membentuk anak sejak kecil lagi agar mereka menjadi anak-anak yang saleh.


Source : http://www.al-nidaa.com.my

AMALAN CUKUR JAMBUL

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.


Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tarmidzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik. Amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Source : http://baheis.islam.gov.my

0 concerns: